Friday, March 18, 2011

SEKADAR KENANGAN

Assalamualaikum...

k, sekarang da larut malam, tapi FA rasa nak mengeletiskan je jari jemari ni untuk menaip...
oke, ni sekadar kenangan dan ingin berkongsi dengan anda.

alkisahnya pada pertengahan tahun lepas, FA mahu pulang ke kampung..waktu tu cuti sem, kali ni FA balik sorang2, sebab member FA yang lagi sorang da balik terlebih dahulu. Tiket bas jam 9.30pm, macam biasa FA akan lepak di surau @ masjid sebelum naik bas..alkisahnya masa FA masuk surau tu, FA terjumpa dengan seorang kakak ni, sedang main dengan anaknya..first impression masa FA pandang muka kakak tu, hati FA rasa semacam je..tapi FA wat x tahu je n seyum kat kakak tu...sambil2 duduk dan tunggu azan, FA pon mula lah berborak gan kakak tu..dia tanya FA, macam biasa, tanya soalan2 yang simple je..nama apa, belajar mana, nak balik mana...FA pon jawab dengan ramahnya...cehwah, hehe...pastu FA pon tanya balik kat akak tu..dia kata dia nak balik n9..ok, fine..

then, bila terdengar azan yang  menandakan telah masuk waktu solat isya, FA pon bersiap sedia mengangkat wuduk dan solat..kemudian, pas FA solat, FA pon berkemas2 untuk ke bas...tiba2, akak tu panggil FA, dan menagis, FA pon pelik la kan..pas tu, akak tu dengan sendirinya cerita kat FA yang dia  sebenarnya lari rumah, sebab lari dari suaminya dan mahu balik ke rumah kakaknya di n9..ok,fine..dan FA pon x tanye banyak knp lari dari rumah dan sbg nya...sebab FA x suka amik tahu hal orang kecuali apabila diceritakan secara sendiri...ye ke?? hihi..then, yang menjadi kemuncak cerita ini adalah apabila kakak tu meminta pertolongan dari FA untuk mendapatkan sedikit wang untuk menampung tiket bas ke n9 dengan menjual hp dan pendrive yang dimiliki ketika itu....katanya, duitnya sudah habis, yang ada hanya hp, ic dan pendrive..dan katanya juga, dia juga telah tidur di surau itu selama 1 atau 2 malam..apa lagi, tibe2 je hati FA jadi sayu je dengar cerita tu..apatah lagi ketika itu FA sedang bermain dengan anak kecilnya..dalam 1 tahun umurnya..

tanpa buang masa, FA pon membeli pendrive kakak tu dan memberikan sedikit wang kat kakak tu untuk dibeli makanan dan tiket..FA tolong sebab FA kesian tegok budak kecil tu, ...FA berharap dengan pertologan yang x seberapa tu dapat tolong kakak tu..hp kakak tu pulak FA x sampai hati nak amik,  moga hp  itu menjadi kemudahan kakak itu untuk menelefon kakaknya sebaik sahaja sampai n9..

tapi entah la,,,niat FA cuma nak tolong apa yang mampu, kalo kakak tu betol2 tipu, itu urusan dia gan tuhan, FA cuma tolong...lagipon kan, kalo kita bagi satu, kan Allah akan bagi 10...so, kenapa nak risau...tapi camne kalo kakak tu betol2 susah..macam mana yerk nak jawab ti masa kat akhirat sana jika Allah tanya..

FA pon xpasti sekarang macam mana keadaan kakak tu...moga dia selamat..amin..

k, tu je FA nak cite..hehe..sebenarnya da gantuk ni...maaf yerk kalau ada ayat cite ni tunggang langgang,,,huahua...k.wasalam..

20 comments:

Anonymous said...

kalau betul akak tu tgh susah.. harap dia selamat la yer

Unknown said...

hrp xde pape la akk tuh.eh.ape yg ade dlm pendrive dia weh?

Anonymous said...

Salam..betul tu.Kita dh selesai tnggjwb..kalo dia menipu itu urusn dia dgn tuhan =)

zati embong said...

xpe FA, biarlah dia tipu ke ape,yg penting FA ikhlas tolong dia.Moga 1 hari bila FA susah,ade yg akan menolong O.o

AkuMuzikFilem said...

zaman sekarang memang takleh percaya. tapu takpela, dapat telefon dengan pendrive ok la. lagi pun, jahat atau jujur dia, janji niat awak baik

Anonymous said...

btol tu... lagipun dia nak jual... bukannya dia mintak duit mcm tu je... gua pun penah mcm ni gak.. hangin je mintak duit kat member.. gua takde duit kecik.. ngee... mujur gua ada lagi sorang member.. susah btol.. orang mintak tukar duit bukan mintak duit dia.. ngeng btol

KUREKURE COMEL said...

hhmmm...mina selalu kena mcm ni lah...



cepat lembut hati...tp betul ckp FA tu..sbb bila mina dlm keadaan susah...ada je yg sudi membantu...

itu hikmahnye....huhuhu...

Henry Zackery said...

Setiap pertemuan ada perpisahan, eh betul ke nie?? hehe
Artis VS Polis

kiwi said...

x ap la...klau dia tpu tu urusan dia ngah Allah.FA dh dpt phle..klau dia x tpu..hrp2 dia selamat skrg ^^

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@khaifaiz

insyaallah khai..amin,

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@echah mashuri

kosong! memag nak jual kat ak! haha

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Novelgurl

insyallah gurl..bukan mengundi saja dikatakan taggugjawab...harap maklum! hehe

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@zati embong amin amin amin...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@AkuMuzikFilem

baik ke? cehwah, hehe..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Cekodok

sungguh ngeng..xpon ngok ngek! hihi..

wahh, moga Allah rahmati member y telah tolog kamu tu ye..=)

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@KUREKURE COMEL

betol tu mina, bila kita susah, ade je yang tolog..itu la balasan dari Allah,

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Henry Zackery

setiap seyuman ade kecantikan..hah, betol ke..haha

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@kiwi
moga2 akak tu dan anaknya selamat..amin..

Bidadari Syurga said...

akak suka entry nie... takpalah... yg penting masa awak tolong tu awak ikhlas... sama ada dia tipu atau takk itu bukan urusan kita lagikan... mcm yg awak cakap... antara dia dengan allah s.w.t... papepun... dengan belinya pendrive akak tu... mungkin satu kehidupan baru buat dia dan anak dia... amin. best... terharu. mcmanalah akak tu dengan anak diakan.. skang nie..?

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Cik Bidadari

tq..x tahu la kak mcm mana...doa kakak tu selamat bersama anaknya...amin.