Wednesday, January 11, 2012

OWNER SIM YANG BAIK HATI

Hari ini hari yang mengembirakan..KALAU NAK FIKIRKAN MASALAH, memang banyak betul masalah, tapi buat apa aku susah-susah nak pikir pasal masalah tu, kann..

Petang yang indah ini, aku nak menceritakan tentang kisah seorang insan ini..yang bagi aku seorang yang baik hati walaupun bukan seagama dengan ku..kisahnya bermula apabila aku sangat menyibukkan diri untuk mengumpul sebut harga mesin..masa tu, aku la warga Malaysia yang paling sibuk !! hah, sehinggalah satu hari aku dihantar berkursus,..aku memang kaki kursus, seriously, I don’t know why..tp aku jenisnya mmg suka pergi dgr ceramah @ apa sahaja penyampaian yang berbentuk ilmu and motivasi..

Paling aku suka adalah apabila seorang ustaz berkata : Sabar dan syukur adalah jambatan ke syurga.. aku sedang belajar untuk praktikkan skill ini dalam hidup aku supaya aku menjadi orang yang baik pada pandangan Tuhan..

Berbalik kepada cerita asal yang ingin aku kongsikan tu ialah, juz col them SIM ok!! Ak kenal SIM melalui seoarang teman yang aku kenal di tempat kursus  itu…SIM ni kira owner tok kedai y jual machine2 segala bagai..Orangnya sangat bermurah hati dan tidak berkira, aku rasa dia bagi aku sebut harga je dah berapa kali, sbb kalau nak harap kedai lain, kdg2 mereka mengenakan charge RM20 utk setiap satu sebut harga..kejam bukan..?? cehwah, xla kejam mana..biasalah adat berniaga, pasti mmikirkan k’untungan, ..mugkin sbb itu juga rezekinya melimpah2 dan sentiasa mendapat projek dr pihak2 tertentu..aku juga tumpang gembira mendengarnya..

Lama borak, rupanya dia adalah org kampungku dan kami satu sekolah, Cuma aku muda 10 tahun drpd beliau, so ak memamg tak kenal dia..

Yah, mugkin pertolongan yang sekecil itu kepada aku dengan mOWNERembuat sebut harga yang berkali-kali dianggap remeh, tapi bagi aku, aku sangat menghargainya..Terima kasih Ya Allah kerna mempertemukan kami , mudah-mudahan hub.ini bpanjangan..Kerna secara tak langsung, aku banyak belajar tentang biz n pengalaman drpd org len..

No comments: