Monday, February 28, 2011

INDAHNYA ISLAM

Assalamualaikum...

entry kali ni INDAHNYA ISLAM.....saya nak cite pasal tazkirah magrib malam tadi...

ustaz kata, dari Al-Quran ada 3 perkara yang dapat disimpulkan...aqidah, fikah dan akhlak....paling penting akidah, di mana kita sebagai hamba Allah kena jaga aqidah kita sebaik-baiknya...aqidah ini merujuk kepada perkara2 ghaib yang kita xnampak tapi kita tahu ia nya ada...contohnya, Allah, pahala, syurga, malaikat, azab kubur dan sebagainya...bila kita jaga aqidah kita, barula seterusnya ia nya pergi kepada fikah...dimana fikah itu adalah hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan alam sekitar...kesemua hub. ni kita kena jaga dengan apabila kita percaya Allah itu Esa, sekali gus kita akan melakukan perkara2 yang diperintahkanNya dan meniggalkan laraganNya... ....kemudian yang terakhir adalah, setelah kita beriman kepada Allah dgn melakukan amal soleh, baru la ia pergi kepada akhlak kita...kita mula menjaga pertuturan kita, mula menunjukkan akhlak yang baik kpd ibubapa kita dan perkara2 y sewaktu dengannya...anda semua faham tak apa yang cuba sampaikan ni...saya harap anda faham..terima kasih kerana faham..=)

oke, sedikit lagi ye...sebab saya nak cuba kaitkan dengan apa yang saya belajar di kuliah pagi tu pula...Dr. Nizaita said : aqidah kita berpandukan Ahli Sunnah Wal Jamaah...pernah dengarkan ASWJ nie...oke, daripada sini, manusia dibahagikan kepada 4 jenis golongan...pertama, orang yang kafir....orang kafir ini adalah orag yang tidak beriman kepada Allah dan tidak melakukan suruhan Allah...kedua, munafik...munafik ini adalah orang yang tidak meletakkan Allah sebagai yang utama tetapi melakukan suruhan Allah...di mana orang munafik ini adalah gologan orang2 yang melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan tertentu, contohnya, untuk mempertahankan qabilah mereka dengan menggunakan nama Islam...dalam erti kata lain, mereka ini adalah orang2 yang talam dua muka...bagi gologan kafir dan munafik, amal ibadat mereka tidak diterima Allah...so, sangat bahaya bagi kedudukan golongan2 ini di sisi Allah...ketiga, gologan fasik...gologan ini percaya kepada Allah, percaya kewujudan malaikat, percaya tentang alam masyar dan sebagainya..tetapi mereka ini gologan yang kurang melakukan amal soleh, di mana kehidupan mereka banyak dengan hiburan pada usia muda..dan bertaubat di usia tua...yang terakhir adalah, gologan orang beriman...yang ni semua sedia maklum, orang beriman itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul serta melakukan perintahNya dan meninggalkan laraganNya...bagi gologan fasik dan beriman, amalan mereka diterima Allah....

tetapi, itu tidak bermakna amalan gologan2 orang2 fasik itu diterima semudah ABC...mereka pastinya dihisab terlebih dahulu dan ingatlah!!...seringan2 azab api neraka itu adalah apabila selipar di bawah kaki boleh megelegakkan otak manusia!! bole bayagkan x betapa mengelegaknya air y mendidih...dan api nya pula bukan sebarangan api, ianya adalah api dari neraka...maka fikir2 kan lah....

Namun begitu, pernah kah anda terpikir..kenapa orang Islam yang melakukan sebesar2 kejahatan di dunia ini akhirnya akan masuk syurga?? sedangkan orang kafir yang melakukan sebesar-besar kebaikan mereka tetap akan masuk neraka,,,dan tidak akan masuk syurga...pernah kah anda terpikir tentang persoalan ini??

jika anda berada di suatu situasi di mana orang bukan Islam bertanyakan soalan ini kepada anda, jawapan bijak apakah yang akan anda berikan kepada mereka..??

senang je jawapannya...

Allah berkuasa menciptakan bumi dan manusia ... dan Allah menciptakan peraturan di muka bumi ini..di mana peraturan ini lah yang wajib ditunaikan oleh manusia...Allah menetapkan peraturan bahawa orang Islam akan masuk syurga dan orang kafir akan masuk neraka...itu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita...so, itulah jawapannya..dan kita xbole menyagkal apa yang telah ditetapkan oleh Nya...sesungguhnya Allah itu Maha, Maha dan Mahaaaaaaaaaaaaa Berkuasa..

contoh mudah adalah dengan perlawanan bola sepak...adakah ia dikira gol sekiranya seseorang itu menyepak bola ke dalam jaring tetapi sepakannya itu datang dari kawasan outside...?? adakah gol tersebut dikira?? tidak bukan dan pastinya jawapannya tidak!!! sebab kita sepak bola dari kwsn outside..betul x...hah, itu adalah peraturan bola sepak yang semua orang tahu...begitu juga peraturan Allah, jika Allah kata hanya orag Islam, maka hanya orang Islam sahaja yang akan masuk syurga....mari saya kaitkan dengan lebih detail....petak gol itu umpama syurga...tendangan gol umpama kebaikan...outside itu pula umpama status sesorang itu yang bukan beragama Islam...maka, sebanyak mana sekalipun gol (kebaikan) dilakukan ke dalam petak gol @ jaring (syurga) tetapi disebabkan ianya datang kawasan outside (orang bukan Islam), maka gol tersebut tidak dikira...maksudnya mereka tidak masuk syurga....anda semua faham...saya harap anda faham...

oke, andai anda ditanya pula kenapa orang Islam kena bersolat ?? jawapan bijak apakah yang patut anda jawab?? senang je, katakan kepada mereka2 di luar sana bahwa solat itu sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat tok semua yang Allah berikan kepada kita...dan Allah suka kepada hamba2Nya yang bersyukur...pendek cite, kita sebagi manusia, kita juga suka apabila kita dihargai bukan?? sekurang2nya dengan ucapan terima kasih...betul x...fitrah manusia, suka dihargai, suka dipuji apabila kita melakukan sesuatu...begitu juga konsep Islam...kita melahirkan rasa syukur kita dengan melakukan sujud kepada Nya...dan memuji2 Nya....sesungguhnya Dia itu SEHEBAT2 KUASA  di muka bumi ini...maka, solat la wahai kawan2 ku dan lakukan lah perintahNYa dan tinggalkan laranganNya....



oke, sekian dulu perkogsian saya...perkogsian ini juga dikreditkan untuk diri saya untuk mengingatkan diri saya yang selalu alpa...mudah2 an bermanfaat untuk kita semua....sebarang kesilapan mohon ditegur untuk penambaikan....
wallahualam....wasalam...

2 comments:

Bunga said...

nice la entri ni..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

cuma teringat apa yang ustaz pesan..hehe =)