Monday, April 11, 2011

JOM TARIK NAFAS SAMPAI KEMBUNG !! LEGA WOOO...

Assalamualaikum..

pagi ini pagi yang indah bukan..krook krook..

alhamdulillah, ak berkesempatan untuk berjogging pagi ni..alhamdulillah sangat wa cakap lu..!! bukan pe, ak da lama x turun padang sebenarnya, cehwah, turun padang gitu..macam atlet lo pulok...yo yo oorr je kak tima oii..

** menaip entri sambil kunyah biskut bangkit berwarna hijauuu..sedap giler !! ak beli setengah kilo kot semalam..

oke, ak nak cite cikit, jogig ni bagus k!! seyesly, alhamdullillah berkat kerajinan ak berjogig dulu, seluar ak da longgar, maksudnya lemak2 ku sudah pecah, cehwah..tapi the point why ak ni begitu obses joging sebab nak jaga kesihatan..y penting jantung sihat,..memandangkan ak masih muda n alhamdulillah masih sihat dengan izinNya, adalah baik untuk ak melahirkan rasa syukur ak kpd Allah dengan menjaga sebaik2 nikmat yang Allah da berikan....ini cuma cara ak, n ak nak kongsikan..moga kita sama2 mendapat menfaatnya..joging tu hanya perlukan setengah jam je kot sehari ..kalo buat pagi n petang, baru 1 jam..

**blogwalking pon da 2 jam sehari atau mugkin lebih...tol x tol x..fikir2 kan..<< --pengalaman ak...

back to my storie morie, masa mula jogging, comfirm rasa lemah lutut, tapi bila da 2 3 hari, insyallah bole punya kalo nak jogig tiap2 hari..bila joging, peluh keluar, rasa tenang sebab dapat hirup udara yang segar di waktu pagi n dapat juga ak berfikir dan berangan nak buat apa untuk kehidupan ak dalam tempoh 10 tahun akan datang..

sebelum ni, ak joging 5 round sehari, tapi tadi cuma seround ja, tu pon da rasa macam 10 round..mugkin sebab da lama ak x joging, hoho...adalah dalam sebulan..

kenapa da sebulan saya x joging ??





ohh ooo..!!  ** perlu ke jawab..hoho..

banyak asigment y berlambak wooo..
n aktiviti koku yang hoho setiap minggu..
rrr..tapi ni semua alasan..cehwah..kehkeh..
nak seribu daya, x nak seribu dalih..

** ari ni x de kelas, sila jeles yerrr...

ni nak cite sikit, semalam kan wakkk, semalam kan wakk, semalam kan....

hihi..

semalam anak sulung Sultan Mizan datang UMT rasmikan kompleks sukan UMT..!!
macam x caye lo pulok ak mengadap anak Raja semalam...

kompleks sukan tu nama dia Tengku Muhamad Ismail,
sedap kan nama..ayat nak bodek..hehe..betol lo..nama para nabi ni kan..nabi Muhamad n nabi Ismail..
orang kata, dia baru sampai tanah air kelmarin dari England,
dan umurnyaa baru 13 tahunn...

n comfirm masuk tv !! ada x ada x,, ak dok hostel x tegok tv, tapi rasanya mesti masuk tv kottt...x banyak, cikit pon jadik laaaa..

Pemangku Sultan tu wooo..NC n rakyat jelata suma hormat kat dia walaupun umur dia muda lagi...yang wat aku teruja time Tengku rasmikan kompleks sukan tu..n paling best part gimik pemasyuhran !! memag mantop lo weii..gimik dia dimulakan dengan atlet menerjun ke dalam kolam untuk amik kunci dari rakan scuba di dalam kolam, kemudian penerjun tersebut menyerahkan kunci tersebut kepada atlet olahraga kemudian atlet tersebut berlari dan menyerahkan kunci tersebut kepada Tengku yang berada dataran..then, Tengku masukkan kunci tersebut ke dalam satu box, n secara tibe2 ada satu replika kompleks sukan keluar dari box yang lain...budak2 pempuan mulala wahhhh wahhhhh wahhhh memanjang termasuk aku!!! kehkeh..

setiap aksi dirakam oke!! termasuk la masa part dalam kolam tu..terasa dok dalam air lo pulok masa tegok rakaman dalam kolam tu..memag canggih lo teknologi..kuit2..

yang bestnya kan awak awak sekalian, kompleks sukan ni ada 5 gelanggang badminton, 2 gelanggang skuash, 1 gim, 2 kolam renang included kawasan terjunan, padang bola sepak, gelanggang tennis 2, 1 gelanggang bola keranjag n bola jaring..!! besar kannn..alang2 ni ak nak promote sekali UMT kepada sape2 yang nak sambung belajar tuuu...walupon baru 10 tahun, alhamdulillah ak selesa belajar kat sini..paling best, x de mall besar2 kat terengganu ni, kalau ade, comfirm kopak duit poket ak...so, UMT ni sesuai bagi sape2 yang x suka hiburan, cehwah..ye ye je ak ni...sebenarnya hiburan tu ada di mana-mana, cuma diri sendiri yang tentukan sama ada nak atau x nak...hoho..hiburan yang ak maksudkan kat sini macam wayang suma tuuu...btw, hiburan yang terbaik adalah mengaji Al-Quran..=)


Tengku Muhammad Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin DK1 (lahir 1 Mac 1998 di Kuala TerengganuTerengganu)
 merupakan putera sulung kepadaTuanku Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Nur Zahirah
Baginda adalah Yang DiPertuan Muda Terengganu dan kini, sebagai Pemangku Raja Terengganu bermula 13 Disember 2006
 menggantikan ayahandanya yang ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13.

[sunting]




wwooo...panjangnya entri ak ni ekkk !! tegok!! ni jugak antara effect bila da berjogging!! idea mencurah2 ke dalam gandum gituu yuu..

sebenarnya ak nak cite lagi ni..hehe..korang tolong la jangan bosan yah..

lupe pulak, ak nak kongsi cikit mengenai teknik pernafasan yang betol, nak tahu ?? ha, apa lagi, jom terjah!! oke2, jika anda bernafas, pastikan perut anda kembung, jika kembung, itu bermakna, oksigen berjaya masuk ke dalam otak anda...jika tidak kembung, usaha sampai kembung k!! selamat mencuba!! anda pasti rasa tenang bila berjaya wat tutorial ini, cehwah..tutorial lo pulok!! sila cube sekarang!! senang je waakkk... kenapa sekarang ?? yola, da aku soh korang wat sekarang, ade ke ak cakap kena wat esok lusa  ?? kalau bertunda, pasti x buatnya...hoho..bila berjaya, sila kongsikan kepada rakan anda yang lain tentang teknik ini...the more you give, the more you get....

v
v
v
v
v

sambung cite tadi balik,

seyum dulu, =) ha, kan manis tu...hihi

k, ada orang tanya ak, kenapa ak suka sangat kelihatan cantik ??? cantik kerrr ?? tapi bila org tanye aku, ak akan fikir knp ak kelihatan kemas...tapi dalam hati, alhamdulilllah..ada jugak org cakap aku cantik!! hehe..ni dalam hati jekla...

ok, ak nak cite lo cikit ni..baik lelaki atau pempuan, suma orang kena cantik,  maksud ak kat sini adalah lebih kepada kekemasan dalam kita menjalani hidup...bagi aku penampilan kita melambangkan diri kita dan kata-kata kita juga melambangkan diri kita...

dari segi penampilan, adalah berkaitan pakaian, maksudnya dari atas hingga ke bawah, x kisah lo nak pakai apa pun, tapi yang penting kemas dan orang x rasa loya bila berada di samping anda..dan kita wajib menjaga diri kita sebaik2 nya...maksud ak, Allah dah berikan kita nikmat pancaindera yang baik bukan, maksud aku lengkap, maka jagalah pancaindera tersebut dengan sebaik2 nya..apa yang aku nak fokuskan diri sendiri adalah dari segi wajah,..bukan apa, ada sesetengah orang tu sangat amik mudah dalam menjaga kebersihan wajah, rasanya x salah jika kita amik beberapa alternatif untuk mencantikkan wajah kita..hoho...maksud ak kat sini, wajah bebas tanpa jerawat..contoh mudah, setiap orang suka dimanja dan dibelai bukan ?? termasuk la dengan si lelaki..hihi..ha,termasuk la jugak dalam kes tadi..wajah kita juga suka dimanja..so, manja kanlah wajah anda dengan suplemen n skincare yang sesuai dengan nya..

selain itu, untuk dapatkan wajah yang tenang, amalkan mengangkat wuduk sepanjang waktu...tapi aku x larat lo kot kalau setiap kali terlepas angin nak g angkat wuduk, yang pasti ak amalkan setiap kali ak kua toilet dan juga sebelum tido...n sebelum tido, amalkan solat taubat...ni, cuma ak kongsikan kepada kamu semua, yang mana baik ambil...rasa x baik, suka hati lo nak wat apo...asalkan bahagia..

n bau badannn.............tolonnggg yer wahai muslimin n muslimatt...

kedua,

kata2..jaga woo kata2..orang kata kata2 umpama doa...so, belajarlah untuk tidak mengeluarkan kata2 yang tidak baikk....seperti goblok..goblok ni bhs jawa.., korang cari la maknanya dalam bhs melayu yerr, ak segan nak sebut n tulis kat entri...ak berani tulis goblok sebab ak menekankan penulisan dan percakapan bahasa melayu dalam kehidupan seharian ak walupun ak orang jawa...ak jawa indonesia yahh..harap maklum!!hihi..

kemudian, bagi aku, kata-kata itu sudah cukup sebenarnya melambangkan sikap kita...ni pendapat ak jekla...sebab bila kita berkata, bukan kah kita sedang bercakap dengan orang lain...so, apa perasaan korang bila jumpa spesis yang jenis mencarut 24 jam dan asyik meberontak, pasti kita x selesa bukan...n ak cukup pantang wooo kalau jumpa orang kuat mengeluh...perrr, cikit2 nak mengeluh...buat jek la ..bagi aku, pasti Allah akan membalas setiap kebaikan kita..positif attitude sangat penting dalam bab ini...

k, tu jekla ak nak kongsi...macam tergantug lo pulok cite ak ni ekkk...tapi ak rasa da cukup panjag kot aku membebel kat sini...ak pon ada keje lain nak wat pasni..,

btw, apa yang ak tulis ni bukan ak nak cakap yang ak ni baik sangat kkk.....ak cuma kongsi kan apa yang aku tahu...kalau ada tatabahasa yang salah mohon maaf nya yahh..

kalau nak dengar ak membebel dengan lebih panjag, bole la contact ak tok bagi talk ...ni no.nyerrr 999...haha..ha, lupo pulok, sape2 ada yang rasa x puas hati gan saya, contohnya x puas hati sebab sy kuat perasan bole lo emel saya...pluto_gurl89@yahoo.com

akhir kata, pesan ak buat kamu , jaga diri baik2..n jangan lupo solat n mengaji setiap hari..

k, sekian,wasalam..

9 comments:

Nur Liyana said...

wah...tengku dtg tue....hehehehe....ensem tak ensem tak???

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

ayahandanya encem n bondanya juga cantik...anaknya pon sama...tinggi lampai koott..macam x caya je umo dia 13, tinggi n chubby...hoho...

Unknown said...

sy pun dah lama x berjogging takut jgk lemak berkumpul ni? tp alhamdulilah skrg masih maintain lagi.. hehe

Bunga said...

bugna baru duk nak setelkan assingment..

Bunga said...

bugna baru duk nak setelkan assingment..

KUREKURE COMEL said...

perhhh...penat jogging mulut ni...hehehe....


ala kalau kat ganu budak2 UMT suke shopping mydin je kan...hehehe...


ni dah lama tak berjogging ni...mat suruh lari setempat dlm rumah je...huwaaa..nak nangis...

Anonymous said...

Baik..baik... =)

Anonymous said...

Ni yang nk g joging gak ni.. nak idea mencurah2 kat ladang gandum..

tp selalunya balik joging terus tdo.. penat jari jemari dan kaki

BuDaK PeGheLiH said...

fuhh.. panjanggggg.. :)