Tuesday, April 19, 2011

Untuk Tatapan Kaum Adam..............

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..
__________________________

______________
Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..
__________________________
______________
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
__________________________
______________
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..
__________________________
______________
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya
Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥
__________________________
______________
Wahai lelaki yang punye peranan besar,
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥
☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

Wallahu'alam................



..kredit to UP...

8 comments:

Anonymous said...

hatinya halus mudah tersentuh. jiwanya mulus perlu dibelai.. itu lah wanita.. kekadng spt melayan anak kecil.. hal yg remeh menjadi besar menggunung.. harus bersabar dlm menanganinya.. didiklah sebaik mungkin dgn sulaman-sulaman agama yg indah.. siramilah ia dgn air sembahyang suci.. belailah ia dgn ibadah yg harum.. jika inilah yg dilakukan.. jannatul firdausi menjadi ganjaran..

deeya said...

wanita sentiasa mendambakan seorang suami yang ada ciri2 dapat membimbingnya .. tapi bukan senang kan nak jumpe lelaki yang beriman & b'tnggungjawab :'(

intan.maisarah said...

moga hati wanita ini
bakal terisi dengan suami yang mampu membentuk diri ini menjadi lebih baik

Anonymous said...

pilih la lelaki pada :
-tempt singgahan nya..cth: bkn kat desko
-siapa kawannya..cth bukan mat rempit
-Akhlaknya cth pertuturan x kesat n lain2
-keturunanya
-kesabaran nya
-tangunjawabnya
-hartanya cth bekerjaya(bekerja)

dan paling pting yg jaga agamanya..klu salah mintk maaf

Henry Zackery said...

kesimpulannya jagalah wanita sebaik mungkin, mereka insan yg lemah :)

[ VIDEO ] Mesti Tengok

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Anonymous

ceh2...pandainyerrr........

tanx lo weii...=p

!!!!

Anonymous said...

apa2 je cik tim....hihi

~budak~

Anonymous said...

cri suami y bkn je di dunia tp juga di syurga nnti ;D