Tuesday, March 22, 2011

Jawatan kosong: Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd

Salam hormat Siti Nur Fatimah,

Syarikat saya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) akan membuka cawangan di Mutiara Damansara. Kami mencari: Sales executive, Multimedia Designer dan Office Assistant. Sijil tidak diperlukan ;) Kerana saya percaya, kejayaan tidak semestinya datang dengan sijil ;) Bagi mereka yang boleh memenuhi ruang ini, maklumat lanjut di bawah...
-Irfan Khairi





Jawatan kosong: Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd

Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd?
IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd) sedang dalam proses menubuhkan satu cawangan pejabat di kawasan Mutiara Damansara (berhampiran dengan Curve, Ikea & Tesco). Kami mencari krew IKSB terbaru untuk memenuhi tanggungjawab berikut...

Sales executive (3 tempat)
Mencari mereka yang berpengalaman mendapatkan penaja, membuat jualan, mendapatkan pelanggan, berunding dan hubungan awam. Pengalaman diberi keutamaan. Mesra pelanggan. Mempunyai kenderaan sendiri. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline. Gaji tetap + komisyen diberi.


Multimedia designer (2 tempat)
Mencari mereka yang boleh merekacipta grafik, laman web, menyunting video dan juga bunyi. Pengalaman dan sijil tidak dimestikan,sekiranya memiliki, ianya membantu. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline. Sila berikan hasil kerja bersama CV/resume. 

Office assistant (2 tempat)
Mencari pembantu pejabat mengendalikan pesanan, pendaftaran, inventori dan lain-lain. Ramah mesra di telefon untuk menghubungi pelanggan dan bakal pelanggan. Pengalaman dan sijil tidak dimestikan, sekiranya memiliki, ianya membantu. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline.

Berminat? Emailkan resume/CV anda kepada info@rahsiainternet.com dengan tajuk "IKSB cawangan Damansara" bersama maklumat berikut:

Posisi: Sales executive / Multimedia designer / Office assistant
Tempat kerja kini:
Gaji kini:
Gaji yang di minta:
Mengapa kami perlu memilih anda?

Sekiranya anda mempunyai keluarga atau kenalan yang mungkin berminat dengan posisi di atas untuk bersama Irfan Khairi Sdn Bhd, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, sila war-warkan berita ini kepada mereka.
Kami akan menghubungi anda untuk temujanji! All the best ;)

69A Second Floor, Jalan SS 21/37, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E 



sila mohon jika berminat k!! <<---ni saya yang cakap...ngeh3..

18 comments:

KHRLHSYM said...

mungkin boleh juga sya isi multimedia designer itu kalau gaji lumayan. hihi

cik ubi said...

sy belaja engineering..

xleh la kot..hish

khaifaiz said...

language asist ada tak.. hehe

KUREKURE COMEL said...

fuuuhhh...nsib baik sudah bekerja...hehehe

MiaDiera said...

multimedia designer bestnyaa sebelum nie nak cari kerja tu tapi tak dapat pun,hmm sekrang dah ada kerja lah plak,adehh

Puanbee said...

best ni akk dah bertekad nk duk rumah je kalau tidak hehee

Cik Bidadari said...

aduh... entry yg sangat bermanfaat buat pencari kerjakan... thumbs up untuk entry nie...

Raji berkata said...

kalau nk buat part time nnti boleh la kot ;P

Novelgurl said...

Salam..oo syarikat spe nie.

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@KHRLHSYM

isi, jgn x isi..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@cik ubi

try je babe! ade rezeki, alhamdulillah..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@khaifaiz

language what ? english?

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@KUREKURE COMEL

y da keje pon bole babe..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@MiaDiera

kalau nk cube nasib, bole apply..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Puanbee

keje best kak, dpt duit sendiri..hehe

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Cik Bidadari

peganti job.com hehe...tq kak,

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Raji berkata

try lo babe! ade rezeki alhamdulillah..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

@Novelgurl
wasalam..irfan khairi kot...hahaahaha